About Us

Syarikat kami, ZID ENTERRISE telah ditubuhkan pada 2008 dan telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan konvensyenal, terutama peruncitan. Namun, sejajar perkembangan semasa, juga melihat potensi dalam online marketing, kami terpanggil untuk menceburinya secara komprehensif.

Dan sebagai permulaan, kami memberi tumpuan khusus kepada koleksi kerongsang terutama dari Korea kerana produk keluarannya yang bermutu tinggi dan juga harganya yang amat berpatutan. Manakala koleksi tudung kami pula adalah rekaan khusus bagi mengikuti perkembangan fesyen dan permintaan semasa, dengan harga yang pastinya berbaloi dengan kualiti produk yang dihasilkan. Pun begitu, adalah matlamat kami untuk menambah produk-produk lain dari semasa ke semasa dengan fokus utama terhadap kepelbagaian dan kepuasan anda memilih dari sofa di ruang tamu rumah anda.

Diharap anda semua berpuashati dengan produk dan perkhidmatan kami di Zid Collection.

 

 

Khidmat Kami

Kami ingin lari dari kebiasaan urusniaga online yang pada dasarnya menawarkan harga yang menarik, tapi setelah dicampur dengan kos penghantaran, membuatkan kita berfikir 2-3 kali untuk meneruskan transaksi, terutama bagi barangan yang kecil nilainya.

Kami menawarkan promosi unik di mana pembeli hanya dicaj kos penghantaran untuk barangan pertama sahaja. Bagi barangan kedua dan seterusnya (dalam satu transaksi), kosnya kami tanggung. Ianya sangat menjimatkan. Bagi pembelian RM200 ke atas pula, kosnya adalah percuma.

Jadi tunggu apa lagi! Anda boleh berkongsi pembelian atau dapatkan tempahan dari kawan-kawan atau saudara mara, anda pasti akan lebih berjimat.

Bagi pembelian pertama, kami akan wujudkan password untuk anda gunakan dan akan dihantarkan ke alamat emel anda. Jadi, bagi pembelian berikutnya, anda tidak perlu lagi mengisi maklumat diri dan penghantaran, database kami akan membantu anda . Mudah bukan?

Maka dengan ini diucapkan "Selamat Berurusniaga Di Online Store Kami!"

                                                                                                            -MYZID Collection-